SELURUH CINTA BUATMU by AINA HAMRA
(price excluding 0% GST)
Title:
SELURUH CINTA BUATMU
Author:
AINA HAMRA
Category:
General Novel
ISBN:
9789671779903
Publisher:
Hajar Humairah Binti Rosely
File Size:
0.84 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
Ali Imran; anak muda yang mengusahakan warung cendol. Di sebalik komitednya meladeni pelanggan di warungnya, dia dalam pemerhatian seseorang.
"Aku tahu, cendol yang kau jual tu hanya untuk mengaburi mata orang. Tapi kenapa tiada satu petunjuk tentang diri kau?" - Amsyar
Lantaran persoalan itu, Ali menjadi subjek intipan. Tidak hanya dia, si manis Lily, gadis yang sering membantu Ali di warung juga diintip. Berjayakah Amsyar menemukan jawapan?
Sementara itu, Ali dan Lily terus melewati kehidupan sebagaimana biasa. Sehinggalah seseorang dari masa lalu Lily muncul. Kenzo berjaya menjejak gadis itu.
Ali Imran perlu tangkas bertindak. Lily perlu dijauhkan dari Kenzo. Lalu gadis itu dihantar ke Tokyo, Jepun. Jejak Lily di Malaysia juga dihapuskan supaya Kenzo menemui jalan buntu.
"Jangan pernah tercedera. Aku akan tunggu kau di Haneda malam esok. Apa pun jadi kau mesti muncul depan aku. Faham?" - Lily
Ali Imran, dia ibarat bayang-bayang Lily. Di mana ada Lily, di situ jugalah dia turut berada. Sejak remaja dia dihantar ke negara orang. Dilatih dan terlatih demi melindungi pewaris tunggal M Group.
"...melindungi kau bukan tugas yang mudah. Bayarannya mati jika aku gagal." - Ali
"Kita akan hidup normal seperti orang lain. Aku janji.. aku akan biarkan kau menikmati kegembiraan seperti perempuan lain..." - Ali
Mampukah Ali memenuhi janjinya, terhadap si manis Lily? Berjayakah Ali melindungi Lily dari Kenzo? Sedangkan nyawa Lily pernah hampir melayang gara-gara lelaki itu.
Reviews
Mantap..
by shahida mohamed on June 18, 2024
Tahniah penulis..
Seluruh Cinta Buatmu
by on June 30, 2024
Jalan cerita yang menarik dan menarik..walaupun Ali dan Lily watak utama,watak johnlah yang menceriakan cerita ini..sorry cik puan penulis.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.