JODOH UNTUKKU by ANNE WANIE

JODOH UNTUKKU by ANNE WANIE from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Title: JODOH UNTUKKU
Author: ANNE WANIE
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-0907-84-0
File Size: 1.85 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

NUR AIN... Jodohnya dipermudahkan. Tidak perlu hendak bercouple, tidak perlu hendak merancang bertahun-tahun. Hanya dengan mengangguk tanda setuju, semuanya sudah siap tersusun. Bukan kahwin paksa, bukan untuk berlakon. AHMAD FUADI... Suka cakap lepas, kerek dan sinis sudah sebati dalam diri. Sayangnya dia kepada Ain, ditunjukkan dengan cara tersendiri. Baginya, kalau sudah namanya isteri, kenalah terima semua perangai suami. “Eh, mana kulit ayam ni?” – Ain “Orang perempuan tak elok makan kulit ayam. Nanti lemak berkumpul kat punggung.”- Fuadi “Habis, orang lelaki lemak berkumpul kat mana?”- Ain “Nama aje doktor, takkanlah tak pernah belajar lipid metabolism dulu? Ke kau ni kaki tidur dalam kelas?” - Fuadi. Namun siapa sangka, kehidupan berumah tangga Ain tidak semudah seperti penyatuannya dengan Fuadi dulu. Kehadiran Sofea dan Danish mula mengucar-ngacirkan semuanya. Menjadi titik mula untuk derita dalam jiwa. “Abang ingat, senang ke Ain nak terima semua ni? Now, I wonder, antara Ain dengan Danish, siapa yang lebih penting.”- Ain “Stop Ain! You’re too much. He’s only two years old. Dia tak ada salah apa-apa. Tak sepatutnya dia terima kemarahan Ain.”- Fuadi Satu per satu ujian melanda. Memang mampu menggugat iman di dada. Kuatkah Ain untuk menempuh derita? Atau, sudah tiba masanya dia mencari bahagia? Ikatan yang tercipta, bukan bermakna dia jodoh kita. Mungkin si dia, hanya ujian semata, sebelum jodoh yang sebenar datang kepada kita. - Ain Kita hanya manusia. Tak ada daya untuk menilik siapa jodoh kita. Sekali ikatan tercipta, dialah jodohku selamanya. - Fuadi

Reviews

Jodoh Untukku
by Fariha Mustapha on August 29, 2019

Sejujurnya memang jalan cerita Jodoh Untukku sangat menarik. Walaupun jodoh Ain dan Fuadi mudah tp alam rumah tangga diorang byk konflik. Siapa yang suka novel byk konflik bolehla baca novel ni

Dah bacaaa!!! Suwitt sangat
by shadasulaiman8301 on September 04, 2019

Memang worth if for every penny! #recommended

jodoh untukku
by Norizah bt mansor on June 21, 2021

best tapi sakit pulak hati kite dgn si adi..

JODOH UNTUKKU
by Siti Halijah binti Md Lizah on June 24, 2021

Tersangat menarik . Tak rugi meluangkan masa untuk membaca . Cuma tersangat stressss dengan c Adi . Hmmm , si Ain terlalu lembut hati . Tahniah kepada penulis .

jodoh untukku
by komathy ganesan on September 25, 2021

best

Awesome novel!
by Nor Zazmita Binti Mokhtar on February 24, 2022

Comment

.
by Nor Hazirah Ishak on March 16, 2022

The worst hero haha. Kenapa si adi tu nak simpan semua rahsia & sggup sakitkan hati isteri sendiri. Mlebihkan isteri & anak kawan. Lepas tu harapkan isteri dia boleh faham semunya, alangkah bodohnya

Good One
by Aina Najwa on March 24, 2022

Firstly, the writing is good. Saya menangis T T

Jodoh Untukku
by RH on August 31, 2022

Cerita yang tidak berapa logik. Perkahwinan Ain dan Adi yang penuh berduri. Suami yang pendera begitu, elok ditinggalkan saja. Physical torture and extreme mental torture. Kalau mana-mana isteri berada dalam situasi tersebut, jangan berdiam diri. Get out of that toxic marriage.

Jodoh Untukku
by on October 30, 2022

Cerita menarik tapi mungkin writer buat attitude hero ni agak melampau lah. Dah macam bukan hero. Lembab tu memang jelas ye. Susah betul nak tengok scene berbaik. Gaduh baik gaduh baik. Hero minta penampar je. Nasib baik storyline tak clichh, tapi serius ni hero paling sakai yang aku pernah baca ye

Jodoh untukku
by Zainab Binti Ayob on January 08, 2023

Pengajaran Suami wajib mendahului hak isteri.

Write your review

Recommended