Demi Luqman Firdaus... Nuqman Danial kembali memunculkan diri setelah sekian lama menghilangkan diri. Sekeping nota ringkas... menimbulkan seribu persoalan di dalam kepala. Athar Faiz ditinggalkan sebagai tanda kenangan dan juga sebuah amanah yang perlu dipikulnya.
Kemunculan gadis yang bernama Inara Sofea di Bandung, penuh dengan misteri. Nuqman yang sememangnya sentiasa tenang, menghulurkan bantuan. Hati lelakinya mula dijentik perasaan halus apabila senang meluangkan masa bersama-sama Inara. Usikan mula menjadi penghias hubungan hati, walaupun bibir cuba berkias-kias kata.
Sekembalinya mereka ke Malaysia, sekali lagi mereka berdua dipertemukan di dalam satu insiden. Sekali lagi Nuqman dengan senang hatinya menghulurkan bantuan. Dan, juga mengambil kesempatan untuk mendekati Inara.
“Dah tengah meneran nak buat apa menyahut? Hilang mood tahu tak!” – NUQMAN DANIAL
“Hasil pelaburan Tuan tu batu ke apa sampai teran tak boleh nak menyahut? Nak membuang pun kena ada mood,” – INARA SOFEA
Usikan demi usikan semakin mendekatkan hubungan mereka berdua. Nuqman tak tertanggung lagi untuk menanggung rasa hati. Lantas dilamarnya Inara untuk menjadi teman halal untuk disentuhi.
Usai disatukan, kemisterian Inara mula tersingkap sedikit demi sedikit. Sepanjang mereka berdua saling mengenali dan menyulam kasih, Nuqman turut mula ‘diganggu’. Dan disebalik kehilangan Luqman, ada sesuatu yang dirancang.
Nuqman Danial memunculkan diri untuk merungkaikan misteri. Hadirnya Inara Sofea penuh misteri, tetapi hati terpaut pula pada si Super Daddy. Masihkah mereka berdua peluang untuk merasai kebahagiaan yang ikhlas hadir dari hati?
Reviews
Super Daddy
by on July 22, 2021
Sebenarnya tak sangka cerita ni ada ala-ala penyiasatan kes atau misteri. Tapi sampai ke akhir cerita tak tau pun sebab apa papa Nuqman dikatakan 'terpaksa' meninggalkan keluarganya? Patutlah Inara tak tau kewujudan Athar pada mulanya.. Ada sesuatu yang dia dan Rudy tak tau. Cerita ini ada diselitkan unsur-unsur 'matang' yang tidak keterlaluan. Ternyata kehadiran Inara memenuhi keperluan Nuqman dan melengkapi antara satu sama lain setelah biasa hidup bersendirian sekian lama. Suka dengan karakter Nuqman yang berusaha untuk membahagiakan seorang isteri dan anak-anaknya. Tidak mudah melatah dengan kesilapan isterinya. Inara juga begitu lembut hati walaupun kelihatan kasar tetapi mudah dibentuk dan menurut kata suami..
Best
by Azrini md zain on March 07, 2022
Comment
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.