[ No Description ]
Buku ini disediakan dengan mengikut format tersendiri menggabungkan beberapa komponen penting sebagai asas bagi memahami ibadat zakat khusus pembayaran zakat dengan mudah. Bermula dengan isi kandungan yang meletakkan asas kefahaman pensyariatan zakat sebagai panduan dan disusun mengikut pembahagian zakat iaitu dimulai dengan perbincangan zakat maliah dan disusuli oleh zakat badaniah sebagaimana yang dikategorikan oleh para fuqaha’. Sebanyak 16 bab yang mencakupi 12 jenis ibadat zakat dibincangkan dan 3 bab yang terakhir memberikan kelainan yang cuba ditampilkan dalam buku ini ialah perbahasan mengenai qada zakat, persoalan umum mengenai zakat dan perbincangan khusus berkaitan fi dyah dan kafarah. Rangkuman keseluruhan 16 bab ini merupakan realiti persoalan yang dihadapi oleh kakitangan dan petugas kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang saban hari. Pasukan Editor buku ini juga telah merujuk dan membuat perbandingan dengan buku-buku yang diterbitkan jenis seumpamanya bagimenghasilkan kandungan yang menyeluruh dan tepat.