[ No Description ]



 



RM 10.00

Allah, Pencipta yang Maha Agung dan Maha Pemurah, menghuraikan ciptaan-Nya mengenai alam semesta dalam al-Qur’an. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Buku dalam siri ini sesuai untuk kegunaan murid Tahun 4, 5 dan 6. Objektif utama siri ini adalah untuk membantu guru dan ibu bapa menanam keimanan sebenar di hati kanak-kanak akan keagungan, kuasa tidak berbelah bagi dan kuasa mutlak Allah SWT. Judul dalam siri ini ditulis dan disusun sesuai dengan Kurikulum Bersepadu Semakan Semula bagi sekolah rendah. Semua buku dalam siri ini boleh digunakan oleh guru bagi memperkaya pembelajaran dalam bilik darjah dan ibu bapa sebagai pengukuhan di rumah. Ilustrasi berwarna-warni dan ayat yang mudah dirangka untuk membantu murid memahami konsep yang sukar difahami dalam sains. Guru dan ibu bapa disyorkan supaya menggunakan ayat al-Qur’an terpilih yang tertera di belakang kulit buku untuk mengukuhkan pemahaman sebenar mengenai Allah sebagai Pencipta Agung. Sesungguhnya, kami berdoa kepada Allah SWT agar generasi akan datang mampu berdiri teguh dalam iman dan Islam.
view book